GOLONGAN KATA dalam bahasa Melayu ada 4 iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata
Tugas.
KATA NAMA: Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep
yang umum sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang, keadilan,
kesejahteraan, kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga
golongan:
i.
KATA NAMA KHAS
ii.
KATA NAMA AM
iii.
KATA GANTI NAMA
KATA NAMA KHAS: Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi,
bahasa dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar. Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan Selangor Darul Ehsan.
KATA NAMA KHAS terbahagi kepada dua iaitu:
i.
Hidup
a.
Manusia. Contoh: Ali, Dewi,
Chong
b.
Bukan manusia. Contoh: Sang
Kancil, Si Belang, Jibrail
ii.
Tak hidup. Contoh: nama benda,
negara, institusi, bangsa, pangkat
KATA NAMA AM: perkataan yang merujuk perkara yang umum. Contohnya: polis,
sekolah, kucing, harimau dan kereta.
KATA NAMA AM terbahagi kepada dua iaitu:
i.
Hidup
a.
Manusia. Contoh: adik, petani,
murid
b.
Bukan manusia. Contoh: haiwan,
pokok, jin, malaikat
ii.
Tak hidup
a.
Institusi. Contoh: sekolah,
hospital, persatuan
b.
Bukan institusi.
*konkrit. Contoh: meja, rumah
*abstrak.
M berbilang. Contoh: pendapat, rancangan
Mtak berbilang. Contoh: keadilan, iklim, udara
KATA GANTI NAMA DIRI: terbahagi kepada 3 iaitu:
i. Kata ganti nama diri orang pertama:- saya, aku, patik, beta, kita dan kami
orang kedua :- anda, engkau, awak, kamu dan saudara
orang ketiga :- ia, dia, mereka, beliau dan -nya
ii. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menggantikan kata nama untuk menunjukkan maksud sesuatu benda atau perkara yang dirujuk itu. Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
a) ini - merujuk yang dekat
b) itu - merujuk yang jauh
iii. Kata ganti nama tanya
a) apa - merujuk benda
b) siapa - merujuk orang
c) mana - merujuk tempat
KATA KERJA: perkataan yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan. contoh: makan, berjalan, menangis,terjatuh. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i. kata kerja transitif: kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
contoh ayat:
a) Ayah tidur.
b) Penyakit Pak Ali beransur pulih.
ii kata kerja tak transitif: kata kerja yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pembuat ke atas sesuatu bentuk (objek)
a) aktif
contoh ayat: Mastura membaca buku.
b) pasif
contoh ayat: Buku itu dibaca oleh Mastura.
KATA ADJEKTIF:
T Perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu
kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat. T Contoh: Amat sakit. T Kata
adjektif terbahagi kepada 9 jenis.
Jenis Kata
Adjektif
|
Contoh
perkataan
|
Kata adjektif sifatan/ keadaan
|
Baik, jahat, cerdik, gopoh, lemah, kasar, sihat, sakit
|
Kata adjektif warna
|
Merah, unggu, kelabu, jingga, perang, biru, hijau
|
Kata adjektif ukuran
|
Panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil renek
|
Kata adjektif bentuk
|
Bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus,
kempis, lekuk
|
Kata adjektif waktu
|
Baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat, cepat,
lambat, awal
|
Kata adjektif jarak
|
Jauh, dekat, hampir, nyaris
|
Kata adjektif cara
|
Cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, selalu
|
Kata adjektif perasaan
|
Rindu, benci, segan, suka, gembira, ragu, kasih, sayang,
cinta
|
Kata adjektif pancaindera
|
Sedap, manis, lemak, cantik, comel, segak, bising, lunak,
serak, harum, hancing, hapak, halus, lembap, keras, kasar
|
PEMBENTUKAN
KATA ADJEKTIF
BENTUK KATA
ADJEKTIF
|
CONTOH AYAT
|
Kata adjektif tunggal
|
Cara hidup orang kaya
itu amat sederhana.
|
Kata adjektif ganda
|
Pokok di hutan itu besar-besar
belaka.
|
Kata adjektif terbitan
Awalan ter-, se-
|
Kinabalu, gunung tertinggi
di Asia Tenggara.
Rumahnya secantik
istana.
|
Kata adjektif terbitan
Apitan ke- … -an
|
Dia mengamalkan cara hidup ketimuran
|
PENANDA WACANA:
& KATA YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN IDEA YANG LAIN DALAM
TEKS. & Contoh : oleh itu,
kemudian, selepas itu, oleh sebab itu.
PERIBAHASA: ( AYAT ATAU KELOMPOK PERKATAAN
YANG MEMPUNYAI SUSUNAN YANG TETAP DAN MENGANDUNGI MAKSUD YANG TERTENTU. ( PERIBAHASA TERDIRI DARIPADA SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN,
BIDALAN, PEPATAH DAN SEUMPAMANYA.
SIMPULAN
BAHASA: Ungkapan yang terdiri daripada dua
perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan
yang membentuknya. Contoh: ada hati bermaksud ada keinginan yang melebihi
kesanggupan, bukannya membawa erti “hati” yang dimiliki setiap orang.
SIMPULAN
BAHASA
|
MAKSUD
|
Besar hati
|
Bangga
|
Bulat hati
|
Azam serius
|
Buah tangan
|
Hadiah untuk orang yang dilawati
|
Ringan mulut
|
Suka bercakap
|
Tajam akal
|
Pintar/cerdas
|
Ambil berat
|
Memberi perhatian serius
|
Putus asa
|
|
Berpeluk tubuh
|
Malas
|
Hancur hati
|
Sangat sedih
|
Tali barut
|
Orang yang membantu perbuatan jahat
|
Mencari akal
|
Mencari idea
|
Ambil langkah
|
Memulakan tindakan
|
Asam garam
|
Bahan-bahan masakan/pengalam hidup
|
Buah fikiran
|
Pendapat/idea
|
Ada hati
|
Ingin tetapi tidak berdaya
|
Dalam tangan
|
Sudah tentu dapat
|
Buah mulut
|
Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
|
PERUMPAMAAN: > SEJENIS PERIBAHASA YANG
MEMBANDINGKAN SESUATU DENGAN SESUATU YANG LAIN. PADA UMUMNYA, PERUMPAMAAN
MENGANDUNGI PENGAJARAN. > CONTOH:
PERUMPAMAAN
|
MAKSUD
|
Bagai cincin dengan permata
|
Sangat padan: orang yang baik pekerti
|
Bagai layang-layang putus tali
|
Bergantung kepada nasib semata-mata
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya/bagai mana contoh
begitulah gubahannya
|
Anak menurut baka ibu bapanya: sesuatu itu menurut asalnya
|
Bagai minyak dengan air
|
Kebaikan dan kejahatan tidak boleh dicampurkan
|
Bagai murai dicabut ekor
|
Becok
|
Bagai pucuk dilancarkan
|
Tangkas
|
Seperti lipas kudung
|
Cepat dan cekap
|
Bagai anjing buruk kepala
|
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat
|
BIDALAN: MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERIBAHASA YANG MENEKANKAN
BANDINGAN DAN TELADAN. LAZIMNYA, BIDALAN MENGANDUNGI UNSUR PENGAJARAN.
BIDALAN
|
MAKSUD
|
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
|
Sementara menunggu yang lebih baik, buat kegiatan yang
berfaedah
|
Alah bisa tegal biasa
|
Oleh kerana sudah biasa, yang susah pun tidak terasa lagi
|
Indah khabar daripada rupa
|
Ceritanya lebih hebat daripada yang sebenar
|
Sudah terhantuk baru tergadah
|
Sudah susah, baru beringat
|
Jauhari juga yang mengenal manikam
|
Orang yang berilmu sahaja yang kenal orang yang lain yang
berilmu
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Menilai kemampuan diri
|
Biar putih tulang, jangan putih mata
|
Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
|
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
|
Kalau tidak cukup syarat, jagan dibuat apa yang tidak
terdaya
|
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Ilmu bukan hanya dimiliki oleh orang tua
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
Sudah terlanjur
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
|
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang
|
PEPATAH: PERIBAHASA YANG MENGANDUNGI SUSUNAN KATA YANG INDAH. PEPATAH
JUGA MENGANDUNGI NASIHAT ATAU PENGAJARAN DARIPADA ORANG TUA-TUA.
PEPATAH
|
MAKSUD
|
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.
|
Semakin mempunyai kelebihan semakin merendah diri, bukan
semakin sombong
|
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
|
Pendiam, tetapi banyak ilmu dan baik/
|
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan
gading, manusia mati meninggalkan nama.
|
Selepas mati, yang dikenang orang ialah nama baik ataupun
buruk
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
|
Kalau mahu, macam-macam usaha; kalau tidak mahu,
macam-macam alasan.
|
KATA-KATA
HIKMAT: KATA-KATA ORANG BIJAK PANDAI YANG
MENGANDUNGI FALSAFAH, PEMIKIRAN DAN PENGAJARAN.
Bersatu teguh, bercerai roboh
|
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi
mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
|
Berkatalah benar walaupun pahit
|
Berterus teranng demi kebenaran walaupun mungkin menyakiti
hati semua pihak
|
Kebudayaan sendi perpaduan
|
Kebudayaan menjadi sandaran bagi menyatukan sesuatu bangsa
|
Hidup ini satu perlumbaan
|
Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan
|
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
|
Walaupun wanita bersifat lembut dan keibuan tetapi mampu menyumbangkan
tenaga dan idea untuk membangunkan negara
|
Muafakat membawa berkat
|
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama
akan menghasilkan hasilan yang baik
|
Bersekutu bertambah mutu
|
Bekerjasama antara satu dengan lain semasa melakukan
sesuatu pekerjaan akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang
|
Bertangguh itu pencuri masa
|
Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri
sendiri
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
|
Dengan kesihatan yang baik seseorang itu mampu mengemukakan
fikiran yang bernas
|
Membaca itu jambatan ilmu
|
Ilmu pengtahuan dapat ditingkatkan melalui membaca
|
Masa itu emas
|
Masa itu sangat berharga
|
Kata dikota
|
Janji mesti ditunaikan
|
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
|
Kata-kata yang menyinggung hati
|
KATA HUBUNG: M PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK
MENYAMBUNG DUA AYAT ATAU LEBIH UNTUK MENJADI AYAT MAJMUK. M CONTOH KATA HUBUNG: dan,
atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang, kerana, sekiranya,
kalau, hingga, agar, supaya, meskipun, jika, setelah, sungguhpun, apabila,
untuk, semoga.
KATA TANYA: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANYAKAN SESUATU. CONTOHNYA:
MENGAPA, BERAPA, BILA DAN BAGAIMANA. SEKIRANYA
KATA TANYA DIKEDEPANKAN MAKA KEHADIRANNYA DALAM BENTUK TULISAN BOLEHLAH
DISERTAI PARTIKEL –KAH.
CONTOH AYAT:
- Saudara sampai bila?
- Bilakah saudara sampai?
KATA SERU: BENTUK PERKATAAN YANG
BERFUNGSI MELAHIRKAN PELBAGAI PERASAAN DAN DIGUNAKAN DALAM AYAT SERUAN. CONTOH:
KATA SERU
|
PERASAAN
|
AYAT
|
Aduh
|
Sakit
|
Aduh, sakitnya perut saya!
|
Cis
|
Marah
|
Cis, berani kamu melawan saya!
|
Wah
|
Kehairanan atau kagum
|
Wah, cantiknya jam tangan kamu!
|
Eh
|
Terkejut
|
Eh, Saudara Kevin rupanya!
|
Amboi
|
Kagum atau kesal
|
Amboi, pandainya kamu mereka cerita ini!
|
Aduhai
|
Kesal
|
Aduhai, malangnya nasibku!
|
Syabas
|
Gembira kerana sesuatu kejayaan
|
Syabas, kamu memang layak memenangi pertandingan menulis
karangan ini!
|
Oh
|
Sedar
|
Oh, baru saya faham!
|
KATA PERINTAH: PERKATAAN
YANG DIGUNAKAN UNTUK MENIMBULKAN SESUATU TINDAK BALAS TERHADAP PERINTAH,
ARAHAN, LARANGAN, SILAAN ATAU PERMINTAAN. CONTOH KATA PERINTAH: JANGAN, USAH, SILA, JEMPUT, MINTA, TOLONG
DAN HARAP.
- CONTOH AYAT PERINTAH:
- Sila
masuk ke dalam dewan, tuan-tuan.
- Jangan
masuk ke kawasan larangan itu.
KATA PENGUAT: PERKATAAN
YANG MENDAHULUI ATAU MENGIKUTI KATA ADJEKTIF. KATA PENGUAT BERFUNGSI MENGUATKAN
MAKSUD YANG TERKANDUNG DALAM KATA ADJEKTIF. KATA PENGUAT TERBAHAGI KEPADA TIGA
JENIS.
KATA PENGUAT HADAPAN
|
KATA PENGUAT BELAKANG
|
KATA PENGUAT BEBAS
|
TERLALU,
PALING, AGAK
|
SEKALI,
BENAR, NIAN
|
AMAT,
SANGAT, SUNGGUH
|
KATA PENEGAS: PERKATAAN
YANG MENEGASKAN BAHAGIAN TERTENTU DALAM AYAT. KATA PENEGAS TERBAHAGI KEPADA DUA
JENIS.
JENIS
|
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
KATA
PENEGAS YANG MENEGASKAN FRASA PREDIKAT.
|
-KAH,
-TAH, -LAH
|
SIAPAKAH
YANG BEKERJA SEBAGAI JURUTERBANG?
APATAH
DAYA KITA SEBAGAI HAMBA YANG LEMAH.
ITULAH
RUMAH ENCIK ROBERT
|
KATA
PENEGAS YANG MENEGASKAN KEDUA-DUA BAHAGIAN AYAT IAITU FRASA NAMA SEBAGAI
SUBJEK ATAU FRASA PREDIKAT.
|
JUGA,
JUA, PUN, SAHAJA, LAGI, MEMANG
|
SAYA
JUGA BERCITA-CITA MENJADI JURUTERBANG.
PENERBANGAN
HANYA DILAKUKAN KETIKA CUACA BAIK.
ORANG
RAMAI MEMANG SUKA MELAWAT KE PAMERAN LIMA.
|
KATA NAFI: PERKATAAN
YANG MENAFIKAN SESUATU. KATA NAFI TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS.
KATA NAFI
|
KEGUNAAN
|
CONTOH AYAT
|
Bukan
|
Unsur
nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.
|
Projek
iru bukan usaha Datuk Kamal.
Bas
ekspres yang baru tiba itu bukan dari Kuala Lumpur.
|
Unsur
nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif jika membawa maksud bertentangan dengan
maklumat.
|
Kamarudin
bukan sombong tetapi pendiam.
Dia
bukan hendak berbelanja tetapi hendak melihat-lihat sahaja.
|
|
Tidak
|
Unsur
naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif
|
Bapa tidak pergi ke pecan pagi ini.
Perjalanan
ke tempat itu tidak jauh dari sini.
|
KATA PEMERI: PERKATAAN
YANG MEMERIKAN HAL, KEADAAN, CARA DAN LAIN-LAIN. KATA PEMERI TERBAHAGI KEPADA
DUA IAITU IALAH DAN ADALAH.
PERKATAAN
|
PENGGUNAAN
|
CONTOH
AYAT
|
Ialah
|
Secara
persamaan di hadapan frasa nama
|
Perkara
yang dibincangkan ialah kepentingan teknologi maklumat dalam pendidikan.
|
Adalah
|
Secara
huraian di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
|
Wang
tabung itu adalah untuk program motivasi pelajar.
Kata-kata
yang diucapkannya adalah benar.
|
KATA SENDI NAMA: PERKATAAN
YANG HADIR DI HADAPAN KATA NAMA ATAU FRASA. SETIAP KATA SENDI NAMA MEMPUNYAI
FUNGSI YANG TERSENDIRI.
KATA SENDI NAMA
|
FUNGSI
|
CONTOH AYAT
|
Di
|
Merujuk
tempat
|
Ayah
bekerja di sekolah itu.
|
Ke
|
Merujuk
tempat atau arah
Merujuk
masa atau waktu
|
Kami
akan ke Kuantan esok.
Majlis
itu berlangsung dari pukul 10.00 pagi ke pukul 12.00 tengah hari.
|
Dari
|
Merujuk
arah dan tempat
Masa
dan waktu
|
Angin
kencang bertiup dari arah utara
Hal
itu telah diketahuinya dari pagi lagi.
|
Daripada
|
Menyatakan
punca
Menyatakan
sumber atau asal kejadian
Menunjukkan
perbezaan atau perbandingan
|
Pelajar
perlu menjauhkan diri daripada dadah.
Ukiran
itu diperbuat daripada kayu jati.
Daripada
Zakuan lebih baik Iqbal.
|
Kepada
|
Menunjukkan
sasaran sesuatu
Menyatakan
pecahan
Menyatakan
perubahan
|
Sila
pulangkan busur itu kepada Cikgu Hassan.
Pelatih
memanah dipecahkan kepada dua kumpulan.
Suhu
badan Lela meningkat kepada 39°C
|
Pada
|
Menunjukkan
keterangan waktu
Selapas
kata ada
Di
hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan
|
Kami
bertolak ke tempat kejohanan pada pukul 8.00 pagi.
Wang
itu ada pada Wong.
Tulis
nama kamu pada kertas itu.
|
Untuk/bagi
|
Menunjukkan
kegunaan bagi sesuatu
Menunjukkan
bahagian yang telah ditetapkan. (Dalam ayat ini, kata untuk tidak boleh ditukar dengan kata bagi.)
|
Derma
(bagi/untuk) anak yatim di kampung ini sedang dipungut.
Hadiah
ini untuk saudara.
|
Tentang
|
Unsur
yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu
|
Mereka
berbincang tentang cara membaiki kemahiran memanah.
|
Seperti,
bagai, umpama/ laksana
|
Membawa
maksud perbandingan
|
Hatinya
keras (seperti / bagai/ umpama/laksana) batu.
|
Dengan
|
Bemaksud
bersama-sama
Cara
melakukan sesuatu
Memakai
atau menggunakan
Perbandingan
yang serupa
|
Ravi
pergi ke sekolah dengan Khairi
Berita
kemenangannya dalam pertandingan memanah itu diterimanya dengan perasaan amat
gembira.
Mei
ling melukis potret itu dengan krayon.
Warna
kain tudungnya sama dengan warna kain tudung Siti.
|
Sejak/semenjak
|
Penanda
waktu
|
Kami
berlatih (sejak/semenjak) dua jam yang lalu.
|
Akan
|
Di
hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan didahului kata
adjektif
|
Wanita
separuh umur itu rindu akan anaknya.
|
Oleh
|
Menunjukkan
hubungan pembuat dalam ayat pasif
Membawa
maksud sebab
|
Buku
itu dibeli olehnya.
Pemanah
itu kalah oleh kekurangan latihan.
|
Hingga/sampai
|
Perihal
peringkat dan had masa
|
Mereka
berlatih memanah (hingga/sampai) petang.
|
Dalam,
antara
|
Lingkungan
yang tidak mempunyai ruang atau jarak
|
Kita
harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Perbincangan
mereka berlarutan hingga petang.
|
KATA ARAH: PERKATAAN
YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUNJUKKAN HALA ATAU JURUSAN. CONTOH: TENGAH, TEPI, ATAS, BAWAH, HULU, HILIR,
PINGGIR.
KATA BILANGAN:
PERKATAAN YANG MENJADI PENERANG JUMLAH PADA FRASA NAMA. CONTOH KATA BILANGAN
IALAH DUA, TIGA, BEBERAPA, BANYAK,
SELURUH, BERPULUH-PULUH DAN SEPERTIGA.
KATA BANTU:
PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MENERANGKAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF
DAN KATA SENDI NAMA IAITU DENGAN MENIMBULKAN MAKNA TAMBAHAN DARI SEGI ASPEK
WAKTU ATAU RAGAM.


KATA GANDA:
PERKATAAN YANG MENGALAMI PROSES PENGGANDAAN. ADA TIGA JENIS BENTUK KATA GANDA,
IAITU PENGGANDAAN PENUH, PENGGANDAAN SEPARA DAN PENGGANDAAN BERENTAK.
KATA MAJMUK:
PERKATAAN YANG TERHASIL DARIPADA PROSES MENGGABUNGKAN DUA PERKATAAN ATAU LEBIH
TETAPI MEMBAWA MAKNA YANG KHUSUS. KATA MAJMUK DIEJA TERPISAH DAN TIDAK BOLEH
MENERIMA SEBARANG SISIPAN. KATA MAJMUK DAPAT DIGOLONGKAN KEPADA TIGA KELOMPOK.
KATA TERBITAN:
Perkataan yang terbentuk daripada proses pengimbuhan iaitu menggandingkan
imbuhan dengan kata dasar. Kata dasar
ialah kata yang belum menerima imbuhan.
Terdapat
4 jenis imbuhan bagi membentuk kata terbitan iaitu:
i.
Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii.
Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii.
Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
iv.
Sisipan, yang hadir di celah kata dasar
Jenis imbuhan
|
Contoh imbuhan
|
Contoh kata terbitan
|
Awalan
|
peN-
|
Pendatang,
pembuka, penggail, pengelap
|
Pe-
|
Pelari,
penyapu
|
|
peR-
|
Perasap
|
|
Ke-
|
Ketua
|
|
Se-
|
Secantik
|
|
beR-
|
Berjalan
|
|
teR-
|
Terbesar
|
|
meN-
|
Melawan,
membawa, mendaki, menggali, mengecat, menyapu
|
|
di-
|
Disusun
|
|
Akhiran
|
-an
|
Pakaian,
mainan
|
-kan
|
Gunakan,
besarkan
|
|
-i
|
Hadiri,
duduki
|
|
Apitan
|
Pe-…-an
|
Perasaan
|
peN-…-an
|
Pembinaan,
pendapatan, penggunaan
|
|
peR-…-an
|
Permainan
|
|
Ke-…-an
|
Kelebihan,
kedudukan, kearaban,
|
|
Ber-…-an
|
Bermaafan,
berjauhan
|
|
meN-…-an
|
Memainkan,
mendermakan, membaharukan, menggunakan, mengecamkan
|
|
di-…-kan
|
Dibiarkan,
digunakan
|
|
di-…-i
|
Dimulai,
didekati
|
|
Sisipan
|
-el-
|
Telunjuk,
selerak, gelembung
|
-er-
|
Serabut,
seruling, gerigi
|
|
-em-
|
Gemilang,
semerbak
|
|
-in-
|
Sinambung
|
IMBUHAN PINJAMAN:
imbuhan yang berasal daripada bahasa asing iaitu bahasa Latin, Yunani dan
Sanskrit.
Jenis imbuhan
|
Bahasa asing
|
Contoh
|
Contoh perkataan imbuhan
|
Awalan
|
Sanskrit
|
Maha-
Tata-
Pra-
Pro-
|
Maharani,
mahasiswa, maharaja, tatatertib, tatasusila, tatabahasa, prakata, prasangka,
prasekolah, prokerajaan, pro-Barat
|
Awalan
|
Yunani
Latin
Inggeris
|
Anti-
Poli-
Auto-
Kilo-
Mili-
Tele-
Foto-
|
Antipenjajah,antibiotik,
poliklinik, automatik, autograf, kilogram, kilometer, milligram, milliliter,
telegram, telefon, televisyen
|
Akhiran
|
Sanskrit
Yunani
Inggeris
Latin
|
-wan
-man
-wati
-nita
-isme
-ik
-si
-al
-is
|
Hartawan,
sukarelawan, angkasawan, seniman, budiman, seniwati, angkasawati, biduanita,
karyanita
Nasionalisme,
sosialisme, saintifik, logistik,linguistik, sensasi, potensi, revolusi,
klasifikasi, praktikal, kritikal, praktis, kritis, sistematis
|
FRASA: UNIT
YANG TERDIRI DARIPADA SATU SUSUNAN YANG MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA SATU
PERKATAAN ATAU DUA PERKATAAN YANG BERPOTENSI DIPERLUAS MENJADI DUA PERKATAAN
ATAU LEBIH. TERDAPAT 4 JENIS FRASA IAITU FRASA
NAMA(FN), FRASA KERJA(FK), FRASA ADJEKTIF (FA), DAN FRASA SENDI NAMA (FS).
JENIS FRASA
|
KETERANGAN
|
CONTOH FRASA
|
Frasa
nama (FN)
|
Inti
(FN) ialah kata nama
|
Ayah
budak itu
Bandar Kuantan
Harimau
bintang
|
Frasa
Kerja (FK)
|
Inti
(FK) ialah kata kerja
|
Membaca
buku
Menghidangkan
makanan
Berbaju
batik
|
Frasa
Adjektif (FA)
|
Inti
(FA) ialah kata adjektif
|
Sangat
pandai
Amat
cepat
Liar
sekali
|
Frasa
Sendi Nama (FS)
|
Inti
(FS) ialah kata sendi nama
|
Pada
tahun lalu
Dari
Johor Bahru
Ke
petang
|
POLA AYAT DASAR. AYAT
DASAR IALAH AYAT YANG MENJADI DASAR BAGI PEMBENTUKAN SEMUA AYAT LAIN. AYAT
DASAR TERBENTUK DARIPADA BEBERAPA POLA AYAT. POLA AYAT DASAR TERBAHAGI KEPADA 4
IAITU BERGANTUNG PADA SUBJEK DAN PREDIKATNYA.
POLA
|
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Pola
1
|
Frasa
Nama (FN)
Encik
Osman
|
Frasa
Nama (FN)
guru
sekolah
|
Pola
2
|
Frasa
Nama (FN)
Ibu
mereka
|
Frasa
Kerja (FK)
sedang
berehat
|
Pola
3
|
Frasa
Nama (FN)
Bayi
itu
|
Frasa
Adjektif (FA)
sihat
sungguh
|
Pola
4
|
Frasa
NAma (FN)
Rumah
saya
|
Frasa
Sendi Nama (FS)
di
Kota Kinabalu
|
AYAT TUNGGAL: Ayat
yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat yang
menerangkan subjek.
Subjek
|
Predikat
|
Fauzi
|
Jurutera
|
Orang
tua itu
|
kuat
berjalan
|
Pasukan
kadet remaja sekolah kita
|
berlatih
berkawat
|
AYAT TANYA: Ayat
yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat Tanya digolongkan
kepada dua, berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
i.
Ayat
tanya tanpa kata tanya – ayat jenis ini biasanya diucapkan dengan
nada suara yang tinggi. Dalam tulisan, nada tanya dilambangkan dengan tanda
soal (?). contoh:
a.
Encik Kamarul pengurusnya?
b.
Mereka berada di Negara Jepun?
ii.
Ayat
tanya dengan kata tanya – ayat tanya jenis ini menggunakan kata tanya
seperti apa, siapa, berapa, mengapa, dan bagaimana. Bagi bentuk bahasa tulisan
ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel –kah pada kata tanya yang
dikedepankan. Kata tanya yang berada di akhir ayat tidak diberi partikel –kah.
Contoh:
a.
Kata tanya yang berada didepan ayat.
*Di
manakah tuan tinggal?
*Bilakah
awak pulang?
b.
Kata tanya yang berada di akhir ayat
*Gurunya
siapa?
*Kesihatannya
sekarang bagaimana?
AYAT SERUAN:
Biasanya, ayat seruan dimulai dengan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, aduhai dan syabas. Pada akhir ayat
seruan ditandakan dengan tanda seru (!). contoh:
Anakku!
Wah, cantiknya baju kamu!
Nah, ambillah wang ini!
AYAT TUNGGAL: Ayat tunggal
ialah ayat yang terbina daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang
diterangkan. Predikat pula ialah
bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh
ayat tunggal:
Keahlian kelab
ini / terhad.
Subjek
Predikat
MENYENARAIKAN
AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN DALAM KARANGAN
À Ayat topik – ayat
yang menjadi perkara utama dalam menyatakan sesuatu hal atau perkara.
ÀAyat huraian – ayat yang menghuraikan atau menerangkan maksud ayat topik.
SUSUNAN AYAT TUNGGAL: Ayat
tunggal terbina daripada dua bahagian ayat iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal
mempunyai dua bentuk susunan iaitu:
i.
Susunan biasa
ii.
Susunan songsang
Ayat susunan biasa:
subjek berada di hadapan predikat, seperti dalam contoh;
Subjek
|
Predikat
|
Seorang
pelajar
|
Memenangi
hadiah itu.
|
Hampir
semua pelajar
|
Telah
menyiapkan kerja kursus tersebut.
|
Ibu
|
Membeli
seutas rantai emas.
|
AYAT TUNGGAL SUSUNAN SONGSANG: Ayat songsang ialah ayang yang
memindahkan predikat ke hadapan subjek. Proses ini terjadi kerana unsur yang
dikedepankan itu hendak diberi penegasan. Dalam hal ini, predikat yang
dikedepankan itu melalui dua cara:
a)
Pendepanan seluruh predikat. Dalam proses ini,
seluruh predikat di bawa ke hadapan subjek. Contoh:
Susunan biasa
|
Susunan songsang yang
mengedepankan seluruh predikatnya
|
Paras mukanya cantik sekali.
|
Cantik sekali paras rupanya.
|
Mahkota Johor bertahtakan
intan permata.
|
Bertatahkan intan permata
mahkota Johor.
|
Ayahnya tukang emas.
|
Tukang emas ayahnya.
|
Cikgu Mustafa sedang
mengajar.
|
Sedang mengajar Cikgu
Mustafa.
|
Anak cendekiawan itu sudah
tentu pandai.
|
Sudah tentu pandai anak
cendekiawan itu.
|
b)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
Bahagian-bahagian daripada predikat juga dapat dikedepankan secara berasingan.
Contoh:
Susnan biasa
|
Susunan songsang yang
mengedepankan sebahagian daripada predikatnya
|
Dia bekerja di kedai emas
itu.
|
Bekerja dia di kedai emas
itu.
|
Laila membaca buku di
perpustakaan.
|
Membaca buku Laila di
perpustakaan itu.
|
Mohan sakit pada hari itu.
|
Sakit Mohan pada hari itu.
|
Mereka di Johor Bahru
sekarang.
|
Di Johor Bahru mereka
sekarang.
|
AYAT AKTIF: Ayat
yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal dengan unsur yang
diterangkan. Contoh:
*Siva
menendang bola.
*Pelajar-pelajar sekolah itu sedang belajar.
*Kakak Siti mengelamun sepanjang hari.
AYAT PASIF: Ayat
yang asalnya ayat aktif transitif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Contoh:
*Bola
ditendang oleh Raju.
*Kuala Lumpur dilanda banjir.
*Buku itu kami beli semalam.
*Cakera padat itu hendaklah kamu jaga baik-baik.
AYAT MAJMUK GABUNGAN: Ayat
yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara
menggabungkan ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh:
*Pelajar
berdiri tegak dan bernyanyi.
Ayat
di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:
*Pelajar
berdiri tegak.
*Pelajar bernyanyi.
Perhatikan
contoh ayat majmuk gabungan yang berikut:
*Silvam
kurus tetapi adiknya gemuk.
Ayat
di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Silvam
kurus.
*Adik Silvam gemuk.
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF: Ayat
majmuk pancanagn ialah ayat majmuk yang mengandungi ayat utama dan beberapa
ayat kecil. Dikenal dengan penggunaan perkataan “yang” seperti dalam contoh yang berikut:
*Kakak
membeli baju yang berwarna merah jambu.
*Kami menonton rancangan televisyen yang amat lucu.
*Kanak-kanak yang sedang bermain itu anak saya.
*Kerbau yang melintas di hadapan kereta saya itu berlari
ke dalam semak.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN: Ayat
majmuk yang menggunakan kata komplemen iaitu bahawa dan untuk bagi
menghubungkan ayat utama dengan ayat komplemen. Contoh:
*Dia
memberitahu bahawa pelajar itu sakit.
Ayat
di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Dia
memberitahu (sesuatu).-(ayat utama)
*Pelajar itu sakit. (ayat komplemen)
AYAT MAJMUK KETERANGAN: Ayat majmuk yang
terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat. Ayat ini dihubungkan oleh kata hubung
seperti ketika, kerana, semasa, sewaktu dan
sekiranya. Contoh ayat:
*Encik
Zain bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
Ayat di atas dapat dipecahkan seperti yang
berikut:
*Encik
Zain bukan ketua saya. + ketika + saya bekerja dahulu.
LARAS BAHASA:
Kepelbagaian bahasa mengikut penggunaannya dalam bidang tertentu. Misalnya,
laras bahasa sukan.
Dalam sukan bola sepak,
menanduk bermakna menghantar bola dengan kepala. Dalam bahasa Malaysia biasa,
menanduk bermakna menyondol sesuatu dengan kepalanya dan biasanya dikaitkan
dengan haiwan yang bertanduk seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan
seladang.
PENANDA WACANA: KATA
YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN IDEA LAIN DALAM TEKS. CONTOH: OLEH ITU, KEMUDIAN, SELEPAS ITU, DAN OLEH SEBAB ITU.