Translate

Jumaat, 1 Jun 2012

alam semulajadi yang indah dan mempesonakan.



keunikan alam ciptaan illahi yang sangat mengagumkan dan mempesonakan mata yang memandang..
hargailah alam ciptaan Tuhan..
tidak dilupus masa dan zaman..
generasi muda mampu melihat dan menghargai
anugerah yang Maha Kuasa..

Berjalan-jalan.


setelah penat berjalan-jalan di ibu kota yang sibuk dan 
mengharu-birukan boleh mencuba aktiviti ini...
semoga dapat menghilangkan kekalutan dan kekacauan yang ada...
selamat mencuba!!!

Simpulan Bahasa


Khamis, 31 Mei 2012

RPH sajak "bangkitlah"


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TINGKATAN
5B
TARIKH
10 Mei 2012
MASA
9.05-9.45
TEMPAT
Kelas
KEHADIRAN


Tajuk/Tema               : KOMSAS- sajak “Bangkitlah”
Objektif                      :  Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :-
1.      Menjelaskan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam sajak.
2.      Memberikan makna kata/ diksi yang terdapat dalam sajak
3.      Menghubungkaitkan topik yang dipelajari dengan kehidupan harian.

Hasil Pemelajaran     : FU 10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur
     bunyi dalam puisi.
Aras 1 (iii) Menganalisis karya prosa dan puisi untuk
                   menjelaskan perkara-perkara yang menarik.
  FS 8.5  Mentafsir maklumat yang dilpilih secara rasional untuk
               membuat inferens.
Aras 1(iii) Meneliti semula kerelevanan maklumat.

Langkah Aktiviti       :          

1.      Guru membincangkan kepada pelajar aspek-aspek sastera
dalam sajak “Bangkitlah”.
2.      Guru meminta setiap pelajar memberikan pendapat mereka
3.      Sesi soal jawab dan perkongsian idea
4.      Guru membuat peneguhan terhadap jawapan pelajar
Kemahiran bahasa    :           kemahiran mendengar dan bertutur
                                                Kemahiran membaca
Sistem Bahasa            :           sebutan dan intonasi
                                                Makna perkataan
Pedagogi (KBT)        :           Kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi
Pengisian kurikulum :           Nilai-   Berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan jujur
                                                Ilmu- Bahasa
Refleksi                      :